Skip to content

Seksyen 40E

Akuan hendaklah membuat pembutiran yang penuh dan benar

of Akta Eksais 1976

ActIn forceProvision 71 of 190
Seksyen 40E
(1)

Akuan yang disebut dalam seksyen 40D hendaklah membutirkan dengan penuh dan benar bilangan dan perihalan bungkusan, tentang perihalan, berat, ukuran atau kuantiti, dan nilai semua barang berduti itu, dan negara asal barang-barang itu:

Dengan syarat bahawa jika ditunjukkan dengan memuaskan hati pegawai yang hak bahawa barang-barang itu dikehendaki dengan segera bagi penggunaan tempatan dan bahawa pengimport tiada upaya untuk memberikan semua butir yang dikehendaki, pegawai itu boleh, mengikut budi bicaranya, melepaskan barang-barang itu atas

70 Undang-Undang Malaysia AKTA 176

pembayaran duti eksais yang dianggarkan olehnya boleh dilevi ke atas barang-barang itu, bersama dengan suatu deposit yang amaunnya ditentukan oleh pegawai itu yang tidak melebihi duti yang dianggarkan itu dan atas suatu aku janji yang diberikan oleh pengimport atau ejennya untuk memberikan suatu akuan yang betul dalam masa dua bulan atau apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh pegawai yang hak itu.

(2)

Apabila dikemukakan suatu akuan yang betul, amaun duti kastam yang patut dan caj lain yang boleh dilevi hendaklah ditaksirkan dan apa-apa wang yang telah dibayar dan didepositkan melebihi amaun itu hendaklah dikembalikan kepada pengimport atau ejennya dan jika akuan itu tidak dikemukakan dalam tempoh yang disebut dalam subseksyen (1) deposit itu hendaklah dilucuthakkan dan dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

Barang-barang yang telah diakui di stesen pemungutan, bagasi penumpang, barang-barang yang diposkan, dsb. dikecualikan