Skip to content
In forceUpdated to 30 Dec 2023Read it in English

Bahagian IX · Peruntukan Pelbagai

41. Orang adalah diwajibkan memberi maklumat

Feedback & support
(1)

Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pegawai yang hak untuk menguatkuasakan, dan memastikan supaya dipatuhi dengan sewajarnya, peruntukan Akta ini dan mana-mana perundangan kecil yang dibuat di bawahnya, dan untuk membuat segala penyiasatan yang sewajar berhubung dengannya.

(2)

Tiap-tiap orang yang ada maklumat tentang apa-apa perkara yang mengenainya adalah menjadi kewajipan pegawai yang hak untuk menyiasat adalah diwajibkan di sisi undang-undang untuk memberi maklumat itu, apabila dikehendaki oleh pegawai itu supaya berbuat demikian.

(3)

Tiap-tiap orang yang dikehendaki oleh pegawai yang hak supaya mengemukakan sesuatu dokumen atau benda lain yang orang itu berkuasa mengemukakannya dan yang mana adalah sesuatu dokumen atau benda yang dikehendaki di bawah Akta ini atau sesuatu dokumen atau benda yang digunakan dalam sesuatu transaksi atau perkara lain berhubung dengan eksais, atau sesuatu dokumen atau benda yang mengenainya adalah menjadi kewajipan pegawai itu untuk menyiasatnya di bawah Akta ini, adalah diwajibkan di sisi undang-undang untuk mengemukakan dokumen atau benda itu.

72 Undang-Undang Malaysia AKTA 176

Report

Bahagian X

Pemeriksaan, Penyiasatan, Penggeledahan, Penyitaan dan Penangkapan

Bahagian XI

Peruntukan Mengenai Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XII

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XIII

Peraturan-Peraturan

Bahagian XIV

Dengan Labuan

Bahagian XV

Dengan Sabah dan Sarawak

Bahagian XVC

Peruntukan Khas Berkenaan Dengan Kawasan Pembangunan Bersama

Bahagian XVI

Pemansuhan

Schedules