Skip to content

Seksyen 39

of Akta Eksais 1976

ActIn forceProvision 65 of 190

Seksyen 39

(1)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk mana-mana atau semua daripada perkara yang berikut—

(a)

menubuh dan mengendalikan kedai todi dan jualan todi secara runcit bagi kegunaan di premis itu;

(b)

mengaturkan dengan harga apakah todi boleh dijual secara runcit di kedai todi;

(c)

mengeluarkan lesen kedai todi dan had dan syarat yang hendak dikenakan atas lesen itu;

Eksais 67

(d)

mengatur dan mengawal pembotolan dan pengetinan todi;

dan

(e)

apa-apa perkara lain yang berkenaan dengannya peraturan-peraturan boleh dibuat di bawah Bahagian ini.

(2)

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan di bawah seksyen ini adalah tanpa menyentuh kuasa Menteri membuat peraturan-peraturan di bawah seksyen 85.

Penalti