Skip to content
In forceUpdated to 30 Dec 2023Read it in English

Bahagian IV · Pengilangan Barang-Barang Berduti

20. Lesen untuk menyuling, menapai atau selainnya mengilang barang-barang berduti

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada Bahagian ini, tiada seseorang boleh menyuling, menapai atau selainnya mengilang apa-apa barang-barang berduti, atau mengilang apa-apa tembakau atau likuor yang memabukkan kecuali di bawah dan mengikut peruntukan-peruntukan sesuatu lesen yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, dan di tempat suling, bruari, atau lain-lain tempat pengilangan yang dinyatakan dalam lesen itu.

(2)

Menteri boleh dengan perintah mengecualikan, tertakluk pada syarat-syarat yang difikirkannya patut dikenakan, mana-mana kelas orang daripada subseksyen (1).

(3)

Sesuatu lesen di bawah seksyen ini hendaklah dikeluarkan menurut budi bicara Ketua Pengarah dan hendaklah dikeluarkan apabila dibayar apa-apa bayaran, dan tertakluk pada apa-apa syarat yang ditetapkan olehnya bagi tiap-tiap satu kes dan kepada apa-apa syarat tambahan yang diarahkan oleh Ketua Pengarah supaya dicatatkan pada lesen itu.

(4)

Walau apa pun peruntukan yang terkandung dalam subseksyen (3), Ketua Pengarah boleh menghendaki mana-mana orang yang diberi suatu lesen di bawah seksyen ini supaya memberi apa-apa sekuriti yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah bagi pematuhan yang sewajarnya oleh orang itu akan Akta ini dan pada amnya bagi perlindungan hasil eksais; dan sementara menanti sekuriti itu diberi Ketua

Pengarah boleh enggan mengeluarkan sesuatu lesen.

48 Undang-Undang Malaysia AKTA 176

(5)

Sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini boleh dipindah milik, digantung atau dibatalkan pada bila-bila masa oleh

Ketua Pengarah.

(6)

Apabila sesuatu lesen digantung atau dibatalkan maka pengilang berlesen itu tidaklah berhak mendapat pulangan balik apa-apa bayaran lesen yang telah dibayar.

(7)

Seseorang pengilang berlesen boleh memohon secara bertulis kepada Ketua Pengarah—

(a)

bagi memindah milik lesennya kepada seseorang lain; dan dalam hal yang demikian orang lain itu hendaklah turut serta dalam permohonan itu;

(b)

bagi memindahkan kilang penapisnya atau tempat pengilangannya ke mana-mana tempat lain, dan Ketua Pengarah boleh, menurut budi bicaranya, enggan meluluskan sesuatu permohonan itu; dan jika Ketua Pengarah telah meluluskan sesuatu permohonan itu maka ia hendaklah, apabila diserahkan balik lesen yang sedia ada itu dan apabila dibayar bayaran yang ditetapkan, jika ada, membuat catatan yang perlu padanya atau mengeluarkan suatu lesen baru sebagaimana yang difikirkannya sesuai.

(8)

Sesuatu lesen untuk menyuling, menapai ataupun mengilang barang-barang berduti, hendaklah disifatkan sebagai termasuk sesuatu lesen bagi menggudangkan barang-barang berduti sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 25(1).

(9)

Sesuatu peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 85 bagi mengatur kawalan gudang-gudang berlesen hendaklah dipakai bagi gudang-gudang yang disifatkan sebagai berlesen sedemikian di bawah subseksyen (8), setakat mana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.

Eksais 49

Tiada seorang pun kecuali pengilang berlesen boleh menyimpan alat penyulingan, dsb.

Report

Bahagian V

Penyimpanan Barang-Barang Berduti

Bahagian VI

Petroleum dan Keluaran Petroleum

Bahagian VII

Pelesenan

Bahagian VIII

Todi

Bahagian IX

Peruntukan Pelbagai

Bahagian X

Pemeriksaan, Penyiasatan, Penggeledahan, Penyitaan dan Penangkapan

Bahagian XI

Peruntukan Mengenai Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XII

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XIII

Peraturan-Peraturan

Bahagian XIV

Dengan Labuan

Bahagian XV

Dengan Sabah dan Sarawak

Bahagian XVC

Peruntukan Khas Berkenaan Dengan Kawasan Pembangunan Bersama

Bahagian XVI

Pemansuhan

Schedules