Akta Eksais 1976 · Updated to 30 Dec 2023 · Bahagian XV · Dengan Sabah dan Sarawak
91M. Pemungutan duti di Tioman
Feedback & supportDalam membuat peraturan-peraturan di bawah seksyen 85
Menteri boleh membuat peruntukan—
(a)
bagi pemungutan di Tioman duti eksais yang kena dibayar berkenaan dengan barang-barang yang diangkut atau hampir hendak diangkut dari atau ke Tioman ke atau dari kawasan utama kastam;
(b)
bagi batasan atau sekatan tentang vesel dan pesawat udara yang boleh digunakan bagi mengangkut barang-barang itu; dan
(c)
bagi pelesenan atau pengawalan orang atau kenderaan, vesel atau kapal udara yang mengangkut barang-barang itu.