Akta Eksais 1976 · Updated to 30 Dec 2023 · Bahagian XVC · Peruntukan Khas Berkenaan Dengan Kawasan Pembangunan Bersama
91S. Barang-barang yang dikilang di Pangkor hendaklah disifatkan sebagai dikilang di luar Malaysia
Feedback & supportBarang-barang yang tertakluk pada duti eksais, selain yang disebut dalam seksyen 91R, apabila dikilang di Pangkor hendaklah disifatkan sebagai dikilang di luar Malaysia dan apabila dipindahkan dari Pangkor ke wilayah-wilayah lain dalam Malaysia hendaklah disifatkan sebagai diimport masuk ke wilayah-wilayah itu dan peruntukan Akta Kastam 1967 hendaklah terpakai.