Seksyen 31
Penamatan perjanjian francais
Tiada francaisor atau francaisi boleh menamatkan perjanjian francais sebelum tarikh habis tempoh kecuali dengan sebab yang baik yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) dan (3).
(2)
“Sebab yang baik” hendaklah termasuk, tetapi tidak terhad kepada—
(a)
kegagalan francaisor atau francaisi untuk mematuhi apa-apa terma perjanjian francais atau mana-mana perjanjian lain yang berkaitan yang dibuat antara francaisor dengan francaisi; dan
(b)
kegagalan francaisor atau francaisi untuk memulihkan kemungkiran itu yang telah dilakukannya atau mana-mana pekerjanya dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis yang diberikan oleh francaisor, yang tidak boleh kurang daripada empat belas hari, bagi pemulihan kemungkiran itu.
(3)
“Sebab yang baik” hendaklah termasuk, tetapi tanpa kehendak notis dan suatu peluang untuk memulihkan kemungkiran, hal keadaan apabila francaisor atau francaisi—
(a)
membuat penyerahhakan hak francais itu bagi faedah pemiutang atau pelupusan seumpamanya aset francais itu kepada mana-mana orang lain;
(aa)
menjadi muflis atau tidak solven;
(b)
meninggalkan perniagaan francais dengan sengaja;
(c)
disabitkan atas suatu kesalahan jenayah yang dengan ketara merosakkan nama baik yang dikaitkan dengan cap atau apa-apa harta intelektual lain francaisor; atau
(d)
secara berulang kali tidak mematuhi terma perjanjian francais.
Francais 31