Akta Francais 1998 · Updated to 1 Nov 2023 · Bahagian IV · Kelakuan Pihak-Pihak dan Penamatan
34. Pelanjutan tempoh francais
Feedback & support(1)
Francaisi boleh, mengikut pilihannya, memohon untuk melanjutkan tempoh francais dengan memberi notis bertulis kepada francaisor tidak kurang daripada enam bulan sebelum tamatnya tempoh francais itu.
(2)
Kecuali apabila francaisi telah memungkiri terma-terma perjanjian francais yang sebelumnya, francaisor hendaklah melanjutkan tempoh francais itu kepada suatu tempoh lain jika francaisi telah memohon pelanjutan tempoh itu mengikut subseksyen (1).
(3)
Perjanjian francais yang tempoh francaisnya dilanjutkan hendaklah mengandungi syarat-syarat yang serupa atau tidak kurang menguntungkan daripada syarat-syarat dalam perjanjian francais yang sebelumnya.