Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2023Read it in English

Bahagian IV · Kelakuan Pihak-Pihak dan Penamatan

30. Obligasi francaisor dan francaisi

Feedback & support
(1)

Francaisor hendaklah memberikan notis bertulis mengenai kemungkiran kontrak oleh francaisi dan memberikan francaisi masa untuk memulihkan kemungkiran itu.

(2)

Francaisi hendaklah membayar fi francais, royalti, fi promosi atau apa-apa bayaran lain yang diperuntukkan dalam perjanjian francais.

(3)

Francaisor hendaklah memberikan bantuan kepada francaisi untuk mengendalikan perniagaannya, seperti peruntukan atau pembekalan bahan dan perkhidmatan, latihan, pemasaran dan bantuan perniagaan atau teknik.

(4)

Francaisor dan francaisi hendaklah melindungi kepentingan pengguna pada setiap masa.

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 590

Report

Bahagian V

Lembaga Penasihat Francais

Bahagian VI

Kesalahan dan Penalti

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Pelbagai