Akta Insolvensi Rentas Sempadan 2026 · Updated to 30 Jan 2026 · Bahagian III · Pengiktirafan Prosiding Asing dan Relief
16. Anggapan pengiktirafan
Feedback & supportJika keputusan atau perakuan yang disebut dalam subseksyen 15(2) menunjukkan bahawa prosiding yang berkenaan dengannya suatu permohonan bagi pengiktirafan prosiding asing itu dibuat merupakan prosiding asing mengikut pengertian subseksyen 2(1) dan bahawa orang atau badan yang membuat permohonan itu merupakan wakil asing mengikut pengertian subseksyen 2(1), Mahkamah berhak untuk menganggap sedemikian.
Mahkamah boleh menganggap bahawa dokumen yang dikemukakan dalam menyokong permohonan bagi pengiktirafan prosiding asing adalah sah, sama ada dokumen itu telah disahkan secara undang-undang atau tidak.
Undang-Undang Malaysia 18
Jika tiada bukti yang berlawanan, tempat pejabat berdaftar penghutang adalah disifatkan sebagai pusat kepentingan utama penghutang.