Skip to content
In forceUpdated to 30 Jan 2026Read it in English

Bahagian III · Pengiktirafan Prosiding Asing dan Relief

22. Perlindungan pemiutang dan orang berkepentingan lain

Feedback & support
(1)

Dalam memberikan atau menolak apa-apa relief di bawah seksyen 19 atau 21, atau dalam mengubah suai atau menamatkan apa-apa relief di bawah subseksyen (3) atau subseksyen 20(6),

Mahkamah hendaklah berpuas hati bahawa kepentingan pemiutang, termasuk pemiutang di Malaysia, mana-mana pemiutang bercagar atau pihak kepada perjanjian sewa beli, dan mana-mana orang berkepentingan lain, termasuk penghutang jika bersesuaian, dilindungi dengan secukupnya.

(2)

Mahkamah boleh mengenakan apa-apa syarat terhadap pemberian relief di bawah seksyen 19 atau 21 sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah, termasuk menghendaki wakil asing untuk memberikan jaminan bagi pelaksanaan wajar fungsinya.

(3)

Mahkamah boleh, atas permohonan wakil asing atau mana-mana orang yang terjejas dengan relief yang diberikan di bawah seksyen 19 atau 21, atau atas usulnya sendiri, mengubah suai atau menamatkan relief itu.

Report

Bahagian IV

Kerjasama Dengan Mahkamah Asing dan Wakil Asing

Bahagian V

Prosiding Serentak

Bahagian VI

Schedules