Seksyen 19
of Akta Insolvensi Rentas Sempadan 2026
Seksyen 19
Dari masa suatu permohonan bagi pengiktirafan prosiding asing difailkan sehingga permohonan itu diputuskan, Mahkamah boleh, atas permohonan wakil asing, jika relief diperlukan dengan segera untuk melindungi harta penghutang atau kepentingan pemiutang, memberikan apa-apa relief bersifat sementara sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah, termasuk—
(a)
menangguhkan apa-apa pelaksanaan terhadap harta penghutang;
(b)
mengamanahkan pentadbiran atau penghasilan keseluruhan atau mana-mana bahagian harta penghutang yang terletak di Malaysia kepada wakil asing atau pemegang jawatan insolvensi Malaysia, bagi maksud melindungi dan memelihara nilai harta yang, oleh sebab sifatnya atau disebabkan oleh hal keadaan lain, mudah musnah, mudah untuk turun nilai atau selainnya dalam bahaya; dan
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 877
(c)
memberikan apa-apa relief yang disebut dalam perenggan 21(1)(c), (d) atau (g).
(2)
Apa-apa relief yang diberikan di bawah subseksyen (1) oleh
Mahkamah hendaklah selaras dengan apa-apa perintah yang telah dibuat atau boleh dibuat di bawah Akta ini, Akta Syarikat 2016,
Akta Syarikat Labuan 1990 atau mana-mana undang-undang bertulis lain.
(3)
Melainkan jika dilanjutkan di bawah perenggan 21(1)(f), relief yang diberikan di bawah subseksyen (1) hendaklah tamat apabila permohonan bagi pengiktirafan prosiding asing itu diputuskan.
(4)
Mahkamah boleh menolak untuk memberikan apa-apa relief di bawah seksyen ini jika relief itu akan mengganggu pentadbiran prosiding utama asing.