Akta Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 2016 · Updated to 30 Sep 2016 · Bahagian III · Ketua Pengarah, Pegawai dan Pekhidmat Institut
16. Pelantikan Timbalan Ketua Pengarah
Feedback & support(1)
Institut boleh melantik apa-apa bilangan Timbalan Ketua
Pengarah daripada kalangan pegawai yang dilantik di bawah seksyen 17 untuk membantu Ketua Pengarah dalam penjalanan kuasanya dan pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini.
(2)
Jika atas apa-apa sebab Ketua Pengarah tidak dapat menjalankan kuasanya dan melaksanakan kewajipannya, Institut boleh melantik seorang daripada Timbalan Ketua Pengarah untuk menjalankan kuasa dan melaksanakan kewajipan Ketua Pengarah.