Seksyen 30
Kuasa untuk menubuhkan syarikat
of Akta Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 2016
ActIn forceProvision 30 of 56
Seksyen 30
Institut boleh, dengan kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan, menubuhkan atau memajukan atau menggalakkan penubuhan atau pembesaran syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125]—
(a)
untuk melaksanakan mana-mana fungsi atau menjalankan apa-apa kuasa Institut; atau
(b)
untuk menjalankan dan menjaga, mengelolakan dan menguruskan apa-apa program, skim, projek atau aktiviti yang telah dirancangkan atau diusahakan oleh Institut dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya.
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 27