Skip to content

Seksyen 31

Kuasa untuk mengkomersialkan dapatan penyelidikan

of Akta Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 2016

ActIn forceProvision 31 of 56
Seksyen 31
(1)

Institut boleh, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat dan pembayaran apa-apa fi, royalti atau balasan lain, jika ada, sebagaimana yang ditentukan oleh Institut, mengkomersialkan atau menyebabkan dikomersialkan apa-apa dapatan penyelidikan atau menyediakan apa-apa dapatan penyelidikan kepada mana-mana orang bagi maksud pengkomersialan.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Institut boleh membuat apa-apa perkiraan bagi perkongsian keuntungan, gabungan kepentingan, kerjasama, usaha sama atau penyertaan ekuiti dengan mana-mana orang.