Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian VIII · Pemansuhan, Peruntukan Peralihan, Dsb
Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian VIII · Pemansuhan, Peruntukan Peralihan, Dsb
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Undang-undang yang dinyatakan dalam
Jadual dimansuhkan mulai dari mula berkuatkuasanya Akta ini.
Yang di-Pertuan Agong boleh, pada bila-bila masa dalam tempoh lima tahun yang bermula dari mula berkuatkuasanya Akta ini, dengan perintah di bawah seksyen ini—
memansuhkan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berkuat kuasa sebelum sahaja mula berkuat kuasanya
Jalan, Parit dan Bangunan 177
Akta ini dan yang dijadikan usang atau tidak perlu oleh mana-mana peruntukannya;
membuat apa-apa pemansuhan atau pindaan dalam sesuatu undang-undang itu sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud mensesuaikan peruntukan Akta ini, atau bagi maksud membuat pertambahan kepada peruntukan yang akhir tersebut itu mengenai apa-apa perkara:
Dengan syarat bahawa kuasa yang diberi oleh subseksyen ini tidak boleh dijalankan berkenaan dengan sesuatu Undang-undang Negeri melainkan dengan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri.