Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2019Read it in English
Contents

Bahagian IV · Lorong Belakang

65. Section 65

(1)

Jika didapati dari suatu pelan mengenai suatu bangunan yang dikemukakan untuk kelulusan pihak berkuasa tempatan bahawa tapak bangunan itu atau mana-mana tanah yang diasingkan oleh orang utama yang mengemukakan adalah bersempadanan dengan mana-mana tanah yang boleh menjadi sebahagian daripada suatu lorong belakang, pihak berkuasa tempatan boleh meminta Pihak Berkuasa Negeri, mengambil tanah yang akhir tersebut itu mengikut mana-mana undang-undang berhubungan dengan pengambilan paksa tanah:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua tanah boleh diambil di bawah subseksyen ini jika hal yang demikian akan mengakibatkan tanah terpisah daripada tanah lain yang menjadi sebahagian daripada pegangan itu juga.

Hendaklah diambil kesemua bangunan jika sebahagiannya menjadi tidak berguna

(2)

Jika mana-mana bahagian daripada suatu bangunan yang terlekat kepada sesuatu pegangan diambil di bawah seksyen ini dan hal yang demikian menjadikan bahagian bangunan yang selebihnya itu tidak berguna lagi, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah, jika dikehendaki

88 Undang-Undang Malaysia AKTA 133

oleh pemunyanya, mengambil bahagian pegangan yang selebihnya itu iaitu bahagian yang darinya bangunan itu menjadi sebahagian.

Kesemua pegangan diambil dalam hal keadaan tertentu

(3)

Jika mana-mana bahagian daripada suatu pegangan yang tidak mempunyai apa-apa bangunan terlekat kepada bahagian itu atau kepada bahagian pegangan yang selebihnya itu diambil di bawah seksyen ini dan hal yang demikian itu menjadikan bahagian pegangan yang selebihnya itu tidak berguna lagi sebagai tapak bangunan, Pihak

Berkuasa Negeri hendaklah, jika dikehendaki oleh pemunyanya, mengambil bahagian pegangan yang selebihnya itu.

Pampasan di mana tanah yang diasingkan menyebabkan terputusnya dari tanah lain

(4)

Dalam hal di mana tanah adalah diasingkan dan hal yang demikian menyebabkan tanah kepunyaan pemunya itu terputus dari tanah lain yang menjadi sebahagian daripada pegangan itu juga, jika bahagian lebih kecil tanah yang terputus itu telah menjadi tidak berguna lagi sebagai tapak bangunan oleh sebab terputusnya itu, Pihak

Berkuasa Negeri hendaklah, jika dikehendaki oleh pemunyanya, mengambil bahagian yang lebih kecil itu.

Report

Bahagian V

Bangunan

Bahagian VI

Pelbagai

Bahagian VII

Undang-Undang Kecil

Bahagian VIII

Pemansuhan, Peruntukan Peralihan, Dsb

Schedules