Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2019Read it in English
Contents

Bahagian VI · Pelbagai

91. Perintah mandatori

(1)

Apabila seseorang pemunya atau penduduk dikehendaki di bawah Akta ini mendirikan atau mengalih sesuatu bangunan atau benda atau menjalankan sesuatu kerja lain mengikut peruntukan Akta ini, dan pemunya atau penduduk itu selepas notis yang sepatutnya tidak mendirikan atau mengalihkan bangunan atau benda itu atau tidak menjalankan kerja itu dalam tempoh yang dinyatakan itu, pihak berkuasa tempatan boleh membuat suatu pengaduan dan Mahkamah

Majistret setelah mendengar pengaduan itu boleh membuat ke atas

Jalan, Parit dan Bangunan 145

pemunya atau penduduk itu suatu perintah terus yang dalam Akta ini disebut sebagai suatu “perintah mandatori”, menghendaki pemunya atau penduduk itu menjalankan kerja yang dikehendaki itu.

Kehendak perintah mandatori

(2)

Sesuatu perintah mandatori hendaklah menghendaki orang yang kepadanya ia diarahkan itu supaya menjalankan apa-apa kerja yang mahkamah diberi kuasa menghendaki supaya dijalankan dalam tempoh yang dinyatakan dalam perintah itu dan hendaklah juga menghendaki orang itu supaya membayar kepada pihak berkuasa tempatan suatu jumlah wang untuk kos dan belanja yang dilakukan untuk mendapatkan perintah mandatori itu.

Penalti ketidakpatuhan

(3)

(a)

Mana-mana orang yang kepadanya perintah itu dialamatkan dan yang tidak mematuhi kehendak sesuatu perintah mandatori boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ringgit sehari selama tempoh dia tidak mematuhi kehendak itu melainkan jika dia memuaskan hati mahkamah bahawa dia telah menggunakan segala usaha yang sepatutnya untuk melaksanakan perintah itu.

(b)

Jika orang itu tidak mematuhi perintah itu, pihak berkuasa tempatan boleh memasuki premis itu dan menjalankan kerja yang dikehendaki dijalankan itu dan belanja yang dengan demikian itu dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan boleh dituntut daripada orang yang tidak mematuhi perintah itu mengikut mana-mana undang-undang berhubungan dengan perkara mendapatkan bayaran apa-apa denda.

Report

Bahagian VII

Undang-Undang Kecil

Bahagian VIII

Pemansuhan, Peruntukan Peralihan, Dsb

Schedules