Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2018Read it in English
Contents

Bahagian VII · Majlis Penasihat Harga

42. Keanggotaan Majlis

(1)

Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Pengerusi yang hendaklah merupakan Ketua Setiausaha

Kementerian yang bertanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna atau wakilnya;

(b)

empat anggota yang mewakili Kerajaan yang akan dilantik oleh Menteri;

(c)

tidak lebih daripada enam orang anggota lain, yang akan dilantik oleh Menteri, yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam perkara-perkara yang berhubungan dengan perniagaan, perindustrian, perdagangan, undang-undang, ekonomi, pentadbiran awam, perdagangan adil, persaingan, perlindungan pengguna atau apa-apa kelayakan yang sesuai yang lain sebagaimana yang ditentukan oleh

Menteri.

(2)

Anggota yang disebut dalam perenggan (1)(b) dan (c)—

(a)

hendaklah dilantik bagi tempoh tidak melebihi dua tahun;

dan

(b)

adalah layak untuk dilantik semula apabila habis tempoh jawatannya.

(3)

Menteri hendaklah melantik daripada kalangan anggota

Majlis seorang Timbalan Pengerusi.

Report