Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2018Read it in English
Contents

Bahagian VII · Majlis Penasihat Harga

43. Penjalanan sementara fungsi Pengerusi

(1)

Jika kerana apa-apa sebab Pengerusi tidak dapat melaksanakan fungsinya atau semasa apa-apa tempoh kekosongan jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi hendaklah melaksanakan fungsi Pengerusi.

(2)

Jika kerana apa-apa sebab Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak dapat melaksanakan fungsi Pengerusi atau semasa apa-apa tempoh kekosongan jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi,

Menteri boleh melantik mana-mana anggota Majlis untuk melaksanakan fungsi Pengerusi.

Undang-Undang Malaysia 32

(3)

Timbalan Pengerusi atau anggota yang dilantik di bawah subseksyen (2), mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, semasa tempoh dia melaksanakan fungsi Pengerusi di bawah seksyen ini, disifatkan sebagai Pengerusi.

Report