Price Control and Anti-Profiteering Act 2011 · Updated to 1 Nov 2018 · Bahagian VII · Majlis Penasihat Harga
Price Control and Anti-Profiteering Act 2011 · Updated to 1 Nov 2018 · Bahagian VII · Majlis Penasihat Harga
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Menteri boleh membatalkan pelantikan seorang anggota Majlis yang disebut dalam perenggan 42(1)(b) dan (c)—
jika kelakuannya, sama ada berkaitan dengan kewajipannya sebagai seorang anggota Majlis atau selainnya, adalah sedemikian rupa sehingga memburukkan nama Majlis;
jika dia menjadi tidak berupaya untuk menjalankan kewajipannya sebagai anggota Majlis dengan sepatutnya;
jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
suatu kesalahan di bawah undang-undang yang berhubungan dengan rasuah;
suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan lebih daripada dua tahun;
jika dia dihukum bankrap;
Kawalan Harga dan Antipencatutan 33
jika dia didapati atau diisytiharkan tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menguruskan hal ehwalnya; atau
jika dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut-turut tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pengerusi.