Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 · Updated to 15 Sep 2025 · Bahagian IV · Kesalahan, Penalti dan Prosiding
Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 · Updated to 15 Sep 2025 · Bahagian IV · Kesalahan, Penalti dan Prosiding
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seseorang yang dilesenkan di bawah Akta ini untuk menjual beras, atau pekhidmat atau ejen mana-mana orang itu, yang ada dalam milikannya suatu stok beras dan yang—
dengan salah menafikan yang dia ada beras dalam milikannya; atau
Kawalan Padi dan Beras 23
enggan, kecuali dengan kebenaran Ketua Pengarah, menjual beras dalam kuantiti yang munasabah mengikut perjalanan biasa perniagaan, adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini:
Dengan syarat bahawa adalah menjadi suatu pembelaan yang baik terhadap sesuatu pertuduhan di bawah perenggan (b) bahawa orang yang dituduh itu mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa pembeli itu telah tidak dapat atau tidak mahu membuat pembayaran segera harga beras itu secara tunai.
Pekhidmat atau ejen seseorang yang dilesenkan di bawah
Akta ini untuk menjual beras hendaklah disifatkan ada dalam milikannya suatu stok padi jika apa-apa beras disimpan atau distorkan dalam premis di mana dia bekerja atau dalam premis di mana beras boleh distorkan menurut terma lesen itu dan jika dia menjual beras itu bagi pihak majikannya dalam perjalanan biasa pekerjaannya.