Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 · Updated to 15 Sep 2025 · Bahagian IV · Kesalahan, Penalti dan Prosiding
23. Beban pembuktian
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Dalam sesuatu pendakwaan berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya atas pertuduhan melakukan suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang, melainkan jika orang yang melakukan perbuatan itu berhak berbuat demikian oleh sebab dia adalah pemegang sesuatu lesen, permit atau kebenaran, keizinan, kuasa atau pengecualian bertulis yang menghakkannya melakukan perbuatan itu, adalah mencukupi bagi pihak pendakwa mengatakan dan membuktikan bahawa orang itu melakukan perbuatan itu dan beban pembuktian adalah dengan itu terletak pada yang tertuduh itu untuk menunjukkan bahawa dia berhak melakukan perbuatan itu.
Undang-Undang Malaysia 26
Dalam sesuatu pendakwaan berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, pengemukaan oleh orang yang menjalankan pendakwaan suatu invois asal atau invois pendua yang dibuktikan dijumpai dalam milikan penjual hendaklah, jika diminta oleh orang yang menjalankan pendakwaan itu, diterima sebagai keterangan prima facie mengenai sesuatu penjualan oleh penjual dan mengenai fakta yang dinyatakan dalam invois asal atau invois pendua itu dan walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang yang berlawanan yang berkuat kuasa pada masa itu, beban membuktikan bahawa penjualan itu tidak berlaku atau bahawa apa-apa fakta yang dinyatakan dalam invois asal atau invois pendua itu bukanlah seperti apa yang dinyatakannya itu, adalah terletak pada yang tertuduh.