Skip to content
In forceUpdated to 15 Sep 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Kesalahan, Penalti dan Prosiding

24. Perlindungan pemberi maklumat daripada diketahui

(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini, tiada seorang saksi pun dalam apa-apa jua prosiding sivil atau jenayah di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya boleh diwajibkan atau dibenarkan mendedahkan nama atau alamat seseorang pemberi maklumat atau maklumat yang diterima daripadanya atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin membolehkan dirinya diketahui.

(2)

Jika sesuatu buku atau dokumen menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam apa-apa jua prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang, mana-mana pemberi maklumat ada dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin membolehkan dirinya diketahui, Mahkamah hendaklah memastikan semua catatan itu dilindungi daripada dilihat atau dipadamkan setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui.

(3)

Jika dalam perbicaraan mengenai sesuatu kesalahan di bawah

Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya

Mahkamah berpendapat, setelah kes itu disiasat dengan lengkap, bahawa pemberi maklumat itu telah dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan matan yang dia ketahui atau mempercayai adalah palsu atau yang dia tidak percaya adalah benar, atau jika keadilan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa diketahui pemberi maklumat itu, Mahkamah boleh menghendaki dikemukakan aduan asal, jika bertulis, dan membenarkan siasatan, dan menghendaki pendedahan sepenuhnya mengenai pemberi maklumat itu.

Kawalan Padi dan Beras 27

Report