Seksyen 15
Pembungkusan dan pelabelan
of Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024
Tiada seorang pun boleh mengilang, mengimport atau mengedar apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau melainkan jika produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau itu dibungkus dan dilabel mengikut kehendak sebagaimana yang ditetapkan.
Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 23
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
sekiranya orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan—
(i)
bagi kesalahan pertama, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya;
dan
(ii)
bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan
(b)
sekiranya orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan—
(i)
bagi kesalahan pertama, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya;
dan
(ii)
bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.