Skip to content

Seksyen 21

of Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024

ActIn forceProvision 21 of 54

Seksyen 21

(1)

Menteri boleh, atas nasihat Ketua Pengarah bahawa terdapat situasi akut atau kritikal yang berhubungan dengan kegunaan atau penggunaan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau yang boleh secara serius membahayakan nyawa, kesihatan atau keselamatan mana-mana penduduk dalam mana-mana bahagian negara, menubuhkan suatu jawatankuasa, dengan secepat yang semunasabahnya dapat dilaksanakan, untuk menyelaras dan menasihatinya mengenai perkara itu.

(2)

Jika Menteri berpuas hati bahawa terdapat situasi akut atau kritikal yang secara serius membahayakan nyawa, kesihatan atau keselamatan penduduk, Menteri boleh, atas syor jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1), melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, melarang atau menyekat, tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut, pengimportan, pengilangan, pengedaran atau penjualan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau itu.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

sekiranya orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan—

(i)

bagi kesalahan pertama, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya;

dan

(ii)

bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan

Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 27

(b)

sekiranya orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan—

(i)

bagi kesalahan pertama, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya;

dan

(ii)

bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.