Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 · Updated to 2 Feb 2024 · Bahagian VII · Liabiliti Pengilang, Pengimport atau Pengedar
19. Anggapan perkara berkaitan dengan pelabelan dan pembungkusan
Feedback & supportDalam apa-apa prosiding di bawah Akta ini, apa-apa keterangan bahawa suatu bungkusan yang mengandungi apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau dan mengandungi nama, alamat atau tanda berdaftar seorang pengimport, pengilang atau pengedar, atau pemunya hak pengilang, pembungkus, atau seorang ejen mana-mana daripada mereka, hendaklah menjadi keterangan prima facie bahawa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau itu diimport, dikilangkan atau dibungkuskan, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh setiap seorang daripada orang yang namanya, alamatnya atau tanda berdaftarnya ditunjukkan pada bungkusan itu.