Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 · Updated to 2 Feb 2024 · Bahagian III · Pengiklanan, Promosi dan Tajaan
7. Larangan pengiklanan produk tembakau, dsb
Feedback & supportTiada seorang pun boleh menerbitkan atau memudahkan mana-mana orang untuk menerbitkan apa-apa iklan yang—
mengandungi apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau;
mengandungi apa-apa jenama atau cap dagang yang berhubungan dengan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau;
mengandungi apa-apa tawaran atau pelawaan untuk membeli apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau;
dimaksudkan atau berkemungkinan untuk menggalakkan mana-mana orang untuk merokok;
mempromosikan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau itu sebagai suatu produk berhenti merokok; atau
mempromosikan apa-apa barang yang digunakan bersama dengan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau.
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
sekiranya orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan—
bagi kesalahan pertama, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan
Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 15
bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan
sekiranya orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan—
bagi kesalahan pertama, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan
bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.