Akta Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2012 · As enacted
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 12
seksyen yang berikut:
“Permohonan ex-parte 12a. Suatu perintah perlindungan interim yang diminta di bawah seksyen 12 hendaklah dibuat secara ex-parte oleh—
pemohon;
peguam pemohon itu; atau
seorang pegawai kebajikan masyarakat bagi pihak pemohon itu.
Mengetepikan perintah perlindungan interim 12b. Orang yang terhadapnya perintah perlindungan interim itu dibuat boleh memohon untuk mengetepikan perintah itu dalam masa empat belas hari dari tarikh perintah itu disampaikan.”.