Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Subseksyen 6(1) Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut:
“(b) melarang atau menyekat orang yang terhadapnya perintah itu dibuat daripada—
memasuki tempat selamat, tempat berlindung, tempat kediaman atau kediaman bersama atau kediaman alternatif, mengikut mana-mana yang berkenaan, mana-mana orang dilindungi;
memasuki tempat kerja atau sekolah mana-mana orang dilindungi;
memasuki mana-mana institusi lain yang mana-mana orang dilindungi ditempatkan;
menghampiri mana-mana orang dilindungi pada jarak sekurang-kurangnya lima puluh meter atau pada apa-apa jarak yang difikirkan munasabah oleh mahkamah;
atau
membuat hubungan diri dengan orang dilindungi itu selain dalam kehadiran seorang pegawai penguat kuasa atau seorang lain yang dinyatakan atau diperihalkan dalam perintah itu;” dan
dalam perenggan (d), dengan menggantikan perkataan
“perhubungan bertulis atau telefon” dengan perkataan
“perhubungan melalui apa jua cara”.