Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis mengenai bidang kuasa wilayah mahkamah, suatu permohonan bagi suatu perintah perlindungan atau perintah perlindungan interim yang melibatkan aduan keganasan rumah tangga boleh difailkan di dalam mana-mana daerah di mana—
pengadu itu tinggal;
orang yang terhadapnya perlindungan yang diminta itu tinggal;
Undang-Undang Malaysia 12
keganasan yang dikatakan itu berlaku; atau
pengadu itu ditempatkan buat sementara, dan permohonan itu hendaklah didengar oleh mahkamah secepat yang dapat dilaksanakan.”.