Akta Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2012 · As enacted
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Dalam masa dua puluh empat jam dari pengeluaran sesuatu perintah perlindungan atau perintah perlindungan interim, mengikut mana-mana yang berkenaan, mahkamah yang mengeluarkan perintah itu hendaklah mengemukakan suatu salinan perintah itu kepada pegawai yang bertanggungjawab bagi daerah polis di mana pesalah itu tinggal atau mana-mana pegawai polis di bawah perintahnya.
Pegawai yang bertanggungjawab bagi daerah polis atau mana-mana pegawai polis di bawah perintahnya yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah memfailkan bukti penyampaian perintah itu dengan mahkamah itu dalam masa tujuh hari selepas penyampaiannya.”.
Keganasan Rumah Tangga (Pindaan)