Malaysia legislation
Section 100
Seksyen 100
(2)
Perbadanan hendaklah memberi Menteri segala penyata, laporan, akaun dan maklumat mengenai harta dan aktivitinya sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke semasa.
(3)
Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan subseksyen (1),
Perbadanan hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantarkan kepada Menteri suatu laporan mengenai aktiviti
Perbadanan dalam tahun kewangan yang sebelumnya dan dalam apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan polisi Perbadanan sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Kuasa untuk membuang kerja pegawai dan pekhidmat dan menyelesaikan soalan tentang saraan, dsb., mereka