Seksyen 99
Ketidaklayakan untuk diambil kerja sebagai pegawai atau pekhidmat Perbadanan
(1)
Tiada seorang pun layak diambil kerja sebagai pegawai atau pekhidmat Perbadanan jika dia, secara langsung atau tidak langsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya apa-apa syer atau kepentingan dalam mana-mana kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Perbadanan.
(2)
Mana-mana pegawai atau pekhidmat Perbadanan yang mempunyai atau memperoleh apa-apa syer atau kepentingan sedemikian boleh menurut budi bicara Perbadanan dibuang kerja.
(3)
Jika mana-mana pegawai atau pekhidmat Perbadanan pada masa pelantikannya sebagai pegawai atau pekhidmat sedemikian telah pun mempunyai atau mengawal apa-apa syer atau kepentingan dalam mana-mana harta yang, terkemudian daripada pelantikannya sebagai pegawai atau pekhidmat sedemikian, dimasukkan atau diniatkan untuk dimasukkan dalam mana-mana kontrak atau kontrak dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Perbadanan, maka dia hendaklah mendedahkan perkara itu kepada Perbadanan secara bertulis.