Malaysia legislation

Section 98

of *AKTA KERETAPI 1991

Seksyen 98

Penubuhan Kumpulan Wang Perbadanan Aset Keretapi

(2)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—

(a)

apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh Kerajaan

Persekutuan dari semasa ke semasa bagi maksud

Perbadanan di bawah Bahagian ini;

(b)

apa-apa jumlah wang yang disedia adakan dari semasa ke semasa bagi Perbadanan melalui pinjaman; dan

(c)

wang yang didapatkan atau yang berbangkit daripada apa-apa jualan harta atau apa-apa urus niaga lain yang berhubungan dengan harta atau pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Perbadanan.

(3)

Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh

Perbadanan bagi melaksanakan peruntukan Bahagian ini, dan saraan bagi pegawai dan pekhidmat yang dilantik dan diambil kerja oleh

Perbadanan, termasuk elaun persaraan, pencen atau ganjaran.

(4)

Perbelanjaan Perbadanan sehingga suatu amaun yang dibenarkan oleh Menteri Kewangan, selepas berunding dengan

Menteri, bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada

Kumpulan Wang.

(5)

Sebelum bermulanya setiap tahun kewangan, Perbadanan hendaklah mengemukakan kepada Menteri Kewangan suatu anggaran perbelanjaan (termasuk perbelanjaan bagi projek pemajuan) bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa butiran sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri Kewangan, dan Menteri Kewangan hendaklah, selepas berunding dengan

Menteri, sebelum bermulanya tahun yang berikut itu, memberitahu

Perbadanan mengenai amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan

Keretapi 77

secara amnya atau mengenai amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan.

(6)

Perbadanan boleh, pada bila-bila masa, mengemukakan kepada Menteri Kewangan suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri Kewangan boleh, selepas berunding dengan Menteri, membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan itu.

Ketidaklayakan untuk diambil kerja sebagai pegawai atau pekhidmat Perbadanan