Skip to content

Seksyen 104

Tanah awam tertentu disifatkan sebagai rizab keretapi

of Akta Keretapi 1991

ActIn forceProvision 104 of 106
Seksyen 104

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perizaban tanah bagi maksud awam—

(a)

semua tanah Negeri yang pada mula berkuat kuasanya

Ordinan termansuh telah diduduki, atau di bawah kawalan, atau digunakan bagi maksud, Keretapi Tanah

Melayu, hendaklah disifatkan sebagai rizab keretapi di bawah Akta ini sama ada atau tidak apa-apa perizaban nyata telah disiarkan berkenaan dengannya; dan

(b)

semua tanah yang disifatkan sebagai rizab keretapi di bawah seksyen 16 atau 17 Ordinan termansuh hendaklah terus disifatkan sebagai rizab keretapi di bawah Akta ini.