Malaysia legislation

Section 105

of *AKTA KERETAPI 1991

Seksyen 105

(1)

Ordinan Keretapi 1948 adalah dimansuhkan.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), semua perundangan subsidiari yang dibuat di bawah atau mengikut Ordinan termansuh hendaklah, setakat yang perundangan subsidiari itu selaras dengan Akta ini, terus

80 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

berkuat kuasa sehinggalah dipinda, dibatalkan atau digantikan oleh

Akta ini.

(3)

Kecuali setakat yang diperuntukkan dengan nyata sebaliknya, tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh—

(a)

menyentuh penguatkuasaan terdahulu, atau apa-apa jua yang dilakukan atau dibiarkan dengan sewajarnya di bawah Ordinan termansuh; dan

(b)

menyentuh apa-apa hak, hak milik, kepentingan, kebebasan, keistimewaan, obligasi atau liabiliti yang diperoleh, terakru atau dilakukan di bawah Ordinan termansuh.

(4)

Segala sewa yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa pajakan rizab keretapi yang diberikan di bawah peruntukan Ordinan termansuh hendaklah, apabila mula berkuat kuasanya Akta ini, dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

Kuasa

Menteri untuk membuat peruntukan peralihan tambahan, dsb.