Malaysia legislation

Section 29

of *AKTA KERETAPI 1991

Seksyen 29

Apabila suatu kemalangan telah berlaku, yang mengakibatkan penggantungan sementara trafik, dan landasan dan kerja asal telah dipulihkan dengan cepat kepada standard asalnya atau suatu pelencongan sementara telah dibentangkan bagi maksud memulihkan perhubungan, maka landasan dan kerja asal yang dipulihkan sedemikian boleh dibuka semula atau pelencongan sementara itu dibuka, mengikut mana-mana yang berkenaan, tertakluk kepada syarat yang berikut:

(a)

bahawa pegawai keretapi yang menjaga kerja yang diusahakan disebabkan oleh kemalangan itu telah memperakui secara bertulis bahawa pembukaan semula landasan dan kerja yang dipulihkan itu atau pembukaan pelencongan sementara itu tidak akan, pada pendapatnya, menyebabkan apa-apa bahaya kepada

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 463

orang awam atau apa-apa kerosakan kepada barang yang dibawa di atasnya; dan

(b)

bahawa notis bertulis mengenai pembukaan semula landasan dan kerja itu atau pembukaan pelencongan itu hendaklah telah dihantar kepada Ketua Pengarah.

Penalti am kerana kegagalan mematuhi Bahagian V