Skip to content

Seksyen 28

Pembukaan semula keretapi selepas penutupan

of Akta Keretapi 1991

ActIn forceProvision 28 of 106
Seksyen 28

(1)

Sesuatu keretapi yang telah diperintahkan supaya ditutup tidak boleh dibuka sehinggalah ia telah diperiksa oleh seorang jurutera yang dilantik oleh Ketua Pengarah dan pembukaan semulanya telah diluluskan oleh Menteri.

(2)

Stokereta yang telah diperintahkan supaya diberhentikan penggunaannya di bawah seksyen 27 tidak boleh digunakan sehinggalah ia telah diperakukan sebagai sesuai untuk digunakan oleh seorang jurutera yang dilantik oleh Ketua Pengarah selepas pemeriksaan dan Ketua Pengarah telah meluluskan penggunaannya.