Skip to content

Seksyen 27

Kuasa untuk menutup keretapi apabila telah dibuka

of Akta Keretapi 1991

ActIn forceProvision 27 of 106
Seksyen 27

(1)

Jika selepas pemeriksaan sesuatu keretapi jurutera berpendapat bahawa penggunaan keretapi itu akan menyebabkan bahaya kepada orang awam atau kerosakan kepada barang yang dibawa di atasnya, dia hendaklah memberitahu Ketua Pengarah mengenai pendapatnya itu beserta dengan alasan baginya.

Keretapi 35

(2)

Ketua Pengarah boleh sesudah itu memerintahkan keretapi itu ditutup, atau dalam hal sesuatu stokereta, memerintahkan supaya penggunaan stokereta itu diberhentikan atau supaya keretapi itu digunakan hanya atas apa-apa syarat sebagaimana yang didapati perlu oleh Ketua Pengarah bagi keselamatan orang awam atau barang yang dibawa di atasnya.