Skip to content

Seksyen 33

of Akta Keretapi 1991

ActIn forceProvision 33 of 106

Seksyen 33

(1)

Dalam masa tiga bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan sesuatu syarikat keretapi atau apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, pengarah syarikat keretapi itu hendaklah menghantar serah kepada Ketua

Pengarah—

(a)

suatu laporan mengenai kendalian syarikat keretapi itu dalam tahun kewangan itu yang mengandungi apa-apa maklumat sebagaimana yang perlu untuk membolehkan

Ketua Pengarah mentaksirkan syarikat keretapi itu; dan

(b)

kunci kira-kira, akaun keuntungan dan kerugian tahunan terauditnya, berserta dengan apa-apa notis mengenainya, dan laporan juruaudit dan pengarahnya.

(2)

Laporan yang dikehendaki oleh perenggan (1)(a) hendaklah dalam bentuk yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.