Railways Act 1991 · Updated to 1 Sep 2012 · Bahagian VI · Kewajipan Syarikat Keretapi
36. Section 36
Feedback & support(1)
Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap syarikat keretapi, pada setiap masa, untuk memberitahu Ketua Pengarah dengan serta-merta mengenai perkara yang berikut:
apa-apa pertukaran dalam kawalan syarikat keretapi itu;
Keretapi 39
apa-apa pertikaian perindustrian di antara syarikat keretapi itu dengan pekerjanya;
apa-apa kejadian kebakaran dalam premisnya;
apa-apa prosiding atau tuntutan yang dimulakan atau yang dibuat terhadap syarikat keretapi itu yang mungkin mempunyai kesan yang memudaratkan ke atas keadaan kewangannya atau ke atas keupayaannya untuk melaksanakan apa-apa syarat di bawah lesen.
Bagi maksud perenggan (1)(a), ungkapan “kawalan”, berhubungan dengan sesuatu syarikat keretapi, ertinya mempunyai kuasa, secara langsung atau tidak langsung, untuk mengarahkan pengurusan dan polisi syarikat keretapi itu.
Sesuatu syarikat keretapi yang gagal mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.