Skip to content

Seksyen 35

Pengemukaan maklumat lanjut

of Akta Keretapi 1991

ActIn forceProvision 35 of 106
Seksyen 35

(1)

Ketua Pengarah boleh menghendaki sesuatu syarikat keretapi mengemukakan apa-apa maklumat lanjut atau tambahan sebagaimana yang difikirkannya perlu berkenaan dengan apa-apa laporan, akaun atau maklumat yang dikemukakan oleh syarikat itu di bawah seksyen 33 atau 34 dan maklumat itu hendaklah dikemukakan dalam apa-apa tempoh dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.

(2)

Sesuatu syarikat keretapi yang gagal mematuhi seksyen ini atau seksyen 33 atau 34 hendaklah membayar kepada Kerajaan suatu jumlah wang sebanyak satu ratus ringgit bagi tiap-tiap hari yang keingkaran itu berterusan selepas hari yang ketiga puluh dari tarikh syarikat itu dikehendaki mengemukakan laporan atau maklumat itu.

Ketua Pengarah hendaklah diberitahu mengenai apa-apa pertukaran dalam kawalan syarikat, dsb.