Malaysia legislation

Section 46

of *AKTA KERETAPI 1991

Seksyen 46

Bila masa suatu kemalangan berlaku di atas suatu keretapi—

(2)

Syarikat keretapi hendaklah mengemukakan kepada Ketua

Pengarah suatu laporan mengenai kemalangan itu dan laporan itu hendaklah menyatakan tindakan yang akan diambil oleh syarikat itu berkenaan dengan pegawai yang bertanggungjawab bagi kemalangan itu atau bagi penyemakan kaedah-kaedah atau sistem bekerja dan, jika suatu siasatan telah diadakan di bawah subseksyen (1), suatu laporan mengenai siasatan itu.

(3)

Ketua Pengarah boleh, jika dia tidak berpuas hati dengan laporan yang dikemukakan kepadanya di bawah subseksyen (2), dan dengan kelulusan

Menteri, membentuk suatu jawatankuasa penyiasatan untuk menyiasat sebab kemalangan itu.

(4)

Bagi maksud siasatan sedemikian, jawatankuasa penyiasatan itu boleh memanggil mana-mana orang supaya menghadiri apa-apa mesyuarat jawatankuasa tersebut untuk memberi keterangan atas sumpah atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain dalam milikannya dan untuk memeriksanya sebagai seorang saksi atau menghendakinya supaya mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain dalam milikannya berhubungan dengan perkara yang menjadi hal perkara siasatan sedemikian.

(5)

Mana-mana orang yang, di bawah subseksyen (4)—

Keretapi 47

(a)

setelah dipanggil menghadiri mana-mana siasatan sedemikian, gagal berbuat demikian;

(b)

menunjukkan apa-apa perbuatan tidak hormat atau apa-apa penghinaan atau ancaman kepada jawatankuasa itu atau mana-mana anggotanya semasa sesuatu siasatan;

atau

(c)

setelah dikehendaki oleh jawatankuasa itu supaya memberi keterangan atas sumpah atau supaya mengemukakan suatu dokumen atau benda lain, enggan berbuat demikian atau memberikan keterangan palsu atau mengemukakan dokumen atau apa-apa benda lain yang diketahuinya adalah palsu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(6)

Jawatankuasa penyiasatan itu hendaklah, apabila selesainya siasatan itu, mengemukakan laporannya kepada Ketua Pengarah dan laporan itu hendaklah menyatakan pendapat jawatankuasa itu tentang sebab kemalangan itu dan butir-butir lengkap kes itu.

Menteri boleh memerintahkan siasatan