Seksyen 47
Menteri boleh memerintahkan siasatan
(1)
Menteri boleh memerintahkan supaya suatu siasatan ke atas sebab apa-apa kemalangan di atas keretapi dibuat oleh mana-mana orang yang ditetapkan dalam perintah itu.
(2)
Mana-mana orang yang dilantik sedemikian hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan, bagi maksud siasatan itu, segala kuasa statutori dan kuasa lain sebagaimana yang sedang terletak hak pada dan boleh dijalankan oleh seorang majistret bagi memanggil dan menguatkuasakan kehadiran saksi, bagi mentadbirkan sumpah atau ikrar kepada saksi itu dan bagi memaksa saksi itu menjawab semua soalan yang munasabah dan berpatutan berhubungan dengan perkara yang menjadi subjek siasatan itu.
48 Undang-Undang Malaysia AKTA 463
(3)
Orang yang mengadakan siasatan sedemikian hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu salinan prosiding itu dan melaporkan pendapatnya tentang sebab kemalangan itu berserta dengan butir-butir lengkap kes itu.