Malaysia legislation
Section 45
Seksyen 45
(a)
pegawai keretapi yang menjaga stesen yang paling hampir dengan tempat di mana kemalangan itu berlaku hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu tetapi dalam apa-apa hal tidak lewat dari dua puluh empat jam selepas kemalangan itu berlaku, memberi notis mengenai kemalangan itu secara bertulis atau melalui apa-apa bentuk telekomunikasi kepada pegawai yang menjaga balai polis yang hampir; dan
(b)
syarikat keretapi hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu tetapi dalam apa-apa hal tidak lewat dari dua puluh empat jam selepas kemalangan itu berlaku, menghantar notis bertulis mengenai kemalangan itu kepada Ketua Pengarah.
46 Undang-Undang Malaysia AKTA 463
(2)
Notis itu hendaklah mengandungi suatu pernyataan ringkas mengenai jenis kemalangan itu dan mengenai takat kecederaan atau kerosakan yang disebabkan oleh kemalangan itu.
Siasatan