Malaysia legislation

Section 57

of *AKTA KERETAPI 1991

Seksyen 57

Memasuki atau meninggalkan koc keretapi secara luar aturan

(a)

pada bila-bila masa memasuki atau meninggalkan atau cuba memasuki atau meninggalkan mana-mana koc keretapi selain melalui pintu yang disediakan bagi maksud itu di sisi koc itu yang berhampiran dengan platform atau tempat seumpamanya yang lain yang ditetapkan oleh syarikat keretapi sebagai tempat bagi orang memasuki atau meninggalkan sesuatu koc keretapi; atau

(b)

membuka mana-mana pintu luar mana-mana koc sedemikian semasa ia sedang bergerak, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.

Menahan kemasukan, dan memasuki serta enggan meninggalkan tren yang penuh