Malaysia legislation
Section 58
Seksyen 58
Mana-mana penumpang yang—
(a)
menahan kemasukan sah penumpang lain ke dalam sesuatu koc keretapi atau bahagian koc keretapi yang
52 Undang-Undang Malaysia AKTA 463
tidak dikhaskan oleh syarikat keretapi bagi kegunaan penumpang yang menahan itu;
(b)
selepas tidak dibenarkan masuk ke dalam sesuatu tren oleh seorang pegawai keretapi, oleh sebab tren itu penuh, namun begitu berkeras untuk memasuki atau cuba memasuki tren itu; atau
(c)
setelah menaiki suatu tren di mana-mana tempat dan setelah diminta oleh seorang pegawai keretapi, oleh sebab tren itu penuh, supaya meninggalkan tren itu sebelum tren itu meninggalkan tempat itu, tidak mematuhi permintaan itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit dan, sebagai tambahan, boleh dikeluarkan dari keretapi itu oleh mana-mana pegawai keretapi.
Penalti kerana kelakuan tidak senonoh atau sumbang atau kacau ganggu