Malaysia legislation
Section 59
Seksyen 59
Mana-mana orang yang—
(a)
berkelakuan mengikut cara yang tidak senonoh atau sumbang atau melakukan apa-apa kacau ganggu di atas sesuatu koc keretapi atau di atas mana-mana premis keretapi; atau
(b)
menyerang, menghalang atau menggalang seorang pegawai keretapi dalam melaksanakan tugasnya, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya dan sebagai tambahan, pesalah itu boleh dikeluarkan oleh mana-mana pegawai keretapi daripada mana-mana koc atau premis keretapi itu dan hendaklah, jika dia seorang penumpang, dilucuthakkan tambangnya.
Keretapi 53
Penalti kerana penggunaan tidak wajar alat isyarat kecemasan