Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(2)
Mana-mana orang yang berniat untuk membina suatu keretapi dalam Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan hendaklah membuat permohonan kepada dan mendepositkan dengan Menteri suatu skim keretapi yang hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:
(a)
jenis dan sistem keretapi yang dicadangkan;
(b)
laluan am dan tempat terminal bagi sistem keretapi yang dicadangkan;
Keretapi 19
(c)
aspek keselamatan sistem keretapi yang dicadangkan;
(d)
struktur tambang atau tambang muatan yang dicadangkan; dan
(e)
apa-apa perkara lain yang akan membolehkan Menteri menilai skim keretapi itu.
(3)
Tiap-tiap skim keretapi yang didepositkan di bawah subseksyen (2) hendaklah disertakan dengan suatu peta yang menunjukkan laluan yang dicadangkan bagi keretapi itu.
(4)
Menteri boleh menghendaki pemohon mengemukakan apa-apa maklumat lanjut atau tambahan sebagaimana yang difikirkannya perlu berkenaan dengan apa-apa maklumat yang terkandung dalam skim keretapi itu dan maklumat lanjut atau tambahan itu hendaklah dikemukakan dalam apa-apa tempoh dan mengikut apa-apa cara sebagaimana dikehendaki oleh Menteri.
(5)
Bagi mengelakkan keraguan, seksyen ini tidaklah terpakai bagi apa-apa kerja pembinaan yang dijalankan oleh suatu syarikat keretapi bagi maksud meningkatkan mutu atau memperbaiki mana-mana bahagian keretapi atau premis keretapi yang dikendalikan atau disenggarakan oleh syarikat keretapi itu di bawah terma lesennya setakat yang kerja itu tidak termasuk pemanjangan atau pelencongan laluan keretapi yang sedia ada.
Kelulusan skim keretapi dan pendepositan pelan, keratan, dsb.